
Laporan/foto: Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (Sarawak)
JULAU, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah MADANI telah memberi impak positif apabila rakyat di luar bandar seperti di Julau berpeluang membeli barangan keperluan pada harga yang lebih murah berbanding pasaran.

Jacline Jerry antara pengunjung yang membuat pembelian di Program Jualan Rahmah.
Berlangsung selama dua hari bermula semalam, program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kedai tempatan.
Menyedari peluang ini, Jackline Jerry, 34, yang juga merupakan
Sorang suri rumah sepenuh masa yang telah berkunjung ke program itu, berkata program jualan ini amat membantu golongan berpendapatan rendah dan boleh mengurangkan beban kos sara hidup.

Sekitar Program Jualan Rahmah MADANI di Julau.
“Saya berharap agar lebih banyak barangan lain yang turut dijual di program ini supaya lebih ramai yang tahu usaha kerajaan melalui inisiatif ini jelas memberi manfaat kepada rakyat.
“Banyak penjimatan yang diperoleh daripada program ini yang sudah pasti ia dapat membantu saya dari aspek pengurusan kewangan keluarga,” katanya, di sini semalam.
-RJ