Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rumah MutiaraKu Dedikasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Demi Kesejahteraan Rakyat

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri/Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

BUKIT TENGAH, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Penjenamaan semula nama Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri Pulau Pinang kepada nama baharu iaitu Rumah MutiaraKu (RMK) bagi tahun 2025 selaras dengan gelaran negeri ini sebagai Mutiara Timur (Pearl of the Orient).

Sesi bergambar berlangsung bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Satu lagi pembangunan projek RMK yang melibatkan 664 unit kediaman akan dibina di atas tapak seluas 25.54 ekar di Permatang Tinggi, merupakan simbol dedikasi kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Pulau Pinang memiliki akses kepada kediaman berkualiti.

Kediaman dengan keluasan 950 kaki persegi yang berkonsepkan townhouse ini dijual pada harga RM250,000 seunit dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komuniti seperti masjid, tadika, dewan serba guna dan ruang kedai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri Sundarajoo Somu dalam ucapannya, berkata kerajaan negeri komited dalam memastikan pembekalan rumah mampu milik adalah tersedia kepada rakyatnya.

Sundarajoo ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Permatang Tinggi.

“Pembangunan RMK Permatang Tinggi ini merupakan antara projek yang telah direncanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Perancangan LPNPP Tahun 2021 hingga 2025,” katanya ketika hadir dalam majlis Pecah Tanah yang telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Hj Abdul Razak, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda