
Laporan/foto: Akma Laily Hamdan (Maran)
MARAN, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Polis Daerah Maran berjaya menumpaskan beberapa siri kejadian pecah rumah di siang hari yang dilaporkan di daerah ini.
Menurut Ketua Polis Maran Superitendan Wong Kim Wai hasil tangkapan dan rampasan terhadap suspek ini telah membantu pihak polis menyelesaikan empat kes pecah rumah siang hari yang berlaku di kawasan Chenor dan Kampung Awah.
“Pihak kami berjaya menangkap suspek yang merupakan Orang Pengawasan Polis (OPP) di Mukim Chenor dan tangkapan dibuat di rumah sewa OPP berkenaan melalui hasil risikan dan pengecaman CCTV salah sebuah rumah mangsa,” katanya semasa sidang media kelmarin.
Ujarnya lagi, hasil serbuan dan tangkapan, pihaknya berjaya merampas 36 bahan bukti serta sebuah motosikal jenis LC Demak.
-ZS-