Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Johor Lancar Program Ubat Melalui Pos dan Loker4U

By 19 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saiful Nizam Ibrahim (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Sebagai satu langkah inovatif untuk meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melancarkan dua inisiatif terbaru bagi rakyat Johor iaitu Ubat Melalui Pos (UMP) dan Loker4U di Lotus Bukit Indah, di sini semalam.

Penerangan Loker4U oleh Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah, Nur Hidayah Kamaruzzaman.

Program UMP memudahkan pesakit menerima ubat terus ke pintu rumah mereka. Manakala perkhidmatan Loker4U memberi lebih fleksibiliti kepada pesakit dengan menyediakan lokar-lokar yang terletak di pasaraya strategik di mana mereka boleh mengambil ubat sehingga malam mengikut waktu operasi pasar raya.

Menurut Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah O Fui Kim, 38, kedua-dua program ini bertujuan untuk memudahkan urusan pesakit, terutama mereka yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran perjalanan jauh ke hospital.

Mohammad Ridhwan.

“Moga kedua-dua program ini akan meningkatkan kesihatan rakyat Johor, tanpa mengira jarak dan masa serta memperbaiki kualiti rawatan yang diterima oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Posman Serahan Mohammad Ridhwan Alias, 33, berkata sebagai penghantar UMP belau sering berjumpa pesakit terlantar dan warga emas yang tidak mampu berjalan.

“Program ini sememangnya membantu mereka mendapatkan ubat dengan mudah,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon.

-ZS-

Tinggalkan komen anda