Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kampung Digital Melestarikan Kehidupan Rakyat Melaka

By 19 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

KUALA LINGGI, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini inisiatif Kampung Digital Melaka antara usaha kerajaan negeri yang terbesar bagi melestarikan kehidupan rakyat Melaka.

Ketua Menteri Melaka penampalan pelekat Kampung Digital.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Kampung Guan yang mempunyai sebanyak 175 rumah menjadi kampung pertama dalam DUN Kuala Linggi dilengkapi dengan kemudahan sistem Kampung Digital, sebelum program trasformasi alamat ini diperluaskan ke seluruh kampung di negeri Melaka menjelang pertengahan tahun ini.

Katanya lagi, secara tidak langsung ia membantu pentadbiran Kerajaan Negeri memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Inisiatif Kampung Digital ini juga dilengkapi dengan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di komuniti kampung serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat.

Ketua Menteri Melaka melawat salah satu rumah di Kampung Digital di Kampung Guan Kuala Sungai Baru.

“Dengan adanya Kampung Digital ini, ia dapat memberikan alamat yang tepat, lengkap dengan lokasi, pemilik rumah dan maklumat mengenai kampung tersebut,” katanya.

,” katanya ketika merasmikan program WRUR DUN Kuala Linggi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Shawal pagi tadi.

Tinggalkan komen anda