
Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 18 Jan (Malaysiaatif) – Seramai 15 orang pelajar dari Flat Paya Nahu menerima pakaian seragam sekolah sumbangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang disampaikan oleh Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar melalui program Santuni MADANI yang diadakan di Flat PPR Paya Nahu, di sini semalam.

Peguam Negara menyampaikan sumbangan seragam sekolah kepada salah seorang penerima.
Menurut Mohd Dusuki ini merupakan program khas yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan.
“Ia juga sebagai satu wadah bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat terutamanya dari segi sosioekonomi dan keperluan,” ujarnya.

Peguam Negara dan pegawai-pegawai kanan bergambar di hadapan Flat PPR Paya Nahu.
Turut hadir Pegawai Daerah Dan Tanah Kuala Muda Datuk Haji Abdul Ghafar Yahya. Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara serta Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
-ZS-