Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

300 Pelajar Diraikan oleh Pertubuhan Wanita Mutiara dan Kasih Malaysia

By 18 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurul Wahida Mohamad Noor/ Shamsul Bahari Abd Shukor (Timur Laut)

KOMTAR, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Wanita Mutiara bersama Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) telah menjayakan Program Kembali ke Sekolah Bersama Anak-anak Pulau Pinang melalui Majlis Ramah Mesra Kasih Malaysia dan Pertubuhan Wanita Mutiara yang telah berlangsung di Dewan Banquet, The Top, di sini pagi tadi.

Ucapan oleh Puan Tan Lean Kee, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara

Bantuan berupa beg sekolah, alat tulis serta wang sumbangan sebagai tanda keprihatinan sumbangan Pertubuhan Wanita Mutiara dan KASIH Malaysia diserahkan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan sekitar Pulau Pinang.

Pengerusi Kasih Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya, menyeru semua pelajar menggunakan peluang musim cuti persekolahan ini dengan sebaik mungkin dengan mengisi masa terluang dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat seperti membaca.

Ucapan perasmian oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Pengerusi KASIH Malaysia

Beliau amat cakna terhadap masa depan generasi muda dengan sering memupuk kesedaran bahawa pendidikan yang berkualiti dapat mengatasi kemiskinan.

Program sebegini menggambarkan komitmen semua pihak bukan sahaja Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), malah pihak swasta juga mampu memainkan peranan yang besar dalam memastikan aspirasi negara melahirkan lebih ramai generasi yang berkualiti dan berdaya saing.

Adik Qaseh Maisarah Abdullah, 11, rasa bersyukur dan berterima kasih di atas pemberian sumbangan ini.

”Sumbangan ini dapat meringankan beban ibu, ibulah yang mengalas tanggungjawab menyara keluarga setelah kematian bapa saya akibat kemalangan jalan raya,” katanya kepada wartawan Malaysia Aktif.

-AA-

Tinggalkan komen anda