Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kolaborasi Komuniti MADANI dan NADI Santuni Rakyat

By 21 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Faris Farnoh

MELAKA, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Melaka bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka menerusi Komuniti MADANI akan berkolaborasi melalui program di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperluaskan peranan masing-masing dalam memasarkan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

Pengarah JaPen Melaka melontarkan padangan bagi mengukuhkan lagi kerjasama Komuniti MADANI dan NADI.

Menurut Pengarah JaPen Melaka Ab Rasil Hajatil, terdapat 84 Komuniti MADANI di Melaka yang akan digerakkan bagi merancang program-program kerjasama bersama NADI di seluruh 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

“Komuniti MADANI dilihat platform terbaik bagi memantapkan lagi peranan NADI bagi membangunkan sosioekonomi, merapatkan jurang digital dan pengetahuan masyarakat melalui program-program dan latihan-latihan yang dijalankan seperti keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

Mesyuarat antara SKMM Melaka dan JaPen Melaka yang berlangsung semalam.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan capaian dan peluang sama rata untuk memenuhi keperluan khusus komuniti setempat,” katanya selepas mesyuarat bersama Pengarah SKMM Syed Isa Alsagoff di Menara Persekutuan Ayer Keroh, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda