
Laporan/foto: Kesai Andi (Sarawak)
NIAH, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Program pendaftaran dan penyemakan akaun SPay Global bagi penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di kawasan Niah dan Subis yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 18 hingga 20 Januari (semalam) telah memudahkan orang ramai khususnya masyarakat di pedalaman melakukan pendaftaran aplikasi dan semakan akaun mereka.
Menerusi program tersebut, pendaftar hanya perlu membawa kad pengenalan dan telefon pintar mereka bagi melakukan pendaftaran aplikasi tersebut.
Salah seorang penerima SKAS, Tuai Rumah Alexander Agap, 75, berkata beliau amat menerima baik inisiatif yang dilaksanakan itu kerana ia secara tidak langsung membantu masyarakat khususnya di luar bandar mendaftar aplikasi SPay Global dengan mudah.
Alexander turut berharap agar rangkaian telefon dan Internet di kawasan itu dapat di

Jan Kundang (kiri) ketika ditemu bual.
pertingkatkan agar memudahkan proses mereka mendaftar aplikasi SPay Global.
Sementara itu, Jan Kudang, 56, juga tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Dewan Terbuka Sepupok, memberitahu SKAS wajar diteruskan seperti mana bantuan lain yang memudahkan rakyat yang memerlukan.
“Jika boleh, SKAS boleh dilaksanakan seperti bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu secara berperingkat kerana bantuan seperti ini sangat membantu isi rumah yang berpendapatan rendah,” jelasnya.
-RJ-