Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Muzium Sultan Alam Shah Dibuka Semula 8 Februari, Tawar Pelbagai Tarikan Baharu

By 21 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Muhd Afiqq Rahman (Selangor)

SHAH ALAM, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Muzium Sultan Alam Shah yang akan dibuka semula secara rasmi kepada pengunjung pada 8 Februari ini dengan menawarkan pelbagai tarikan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah, berkata projek naik taraf muzium negeri bernilai RM5.23 juta itu berjaya disiapkan pada bulan ini bakal dilengkapi dengan kemudahan mesra pengunjung.

Borhan bersama Rozanna di pameran warung tahun 1960- an yang juga merupakan tarikan baharu di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

“Projek naik taraf muzium negeri ini melibatkan tiga galeri utama iaitu Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan dan Galeri Alam Semula Jadi.

“Muzium ini turut diberi nafas baharu, dilengkapi dengan kemudahan yang mesra pengunjung seperti mengaplikasi penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), interaksi seni, ‘graphic mapping’ dan sistem respon pantas (QR) supaya pengunjung dapat mengakses maklumat dengan mudah,” katanya pada sidang akhbar pembukaan Muzium Sultan Alam Shah, di sini semalam.

Menurutnya lagi, pelbagai tarikan menarik disediakan antaranya pameran alam kubur dalam bentuk tiga dimensi, pameran warung 1960-an, pameran perkahwinan dan diorama gua yang telah ‘dihidupkan’ semula.

“Pembukaan muzium ini antara usaha membantu Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dengan sasaran kehadiran lapan juta pengunjung di Selangor.

Borhan menerangkan mengenai batik selangor di Pameran Laman Kraf di aras B-1, Muzium Alam Shah.

“Orang ramai boleh hadir secara percuma selama tiga bulan dan bayaran tiket akan dikenakan bermula Mei 2025 bagi memastikan kualiti pameran dan penyelenggaraan muzium dapat dilaksanakan secara efisien,” ujarnya.

Muzium Alam Shah yang juga merupakan Muzium Negeri Selangor turut mempamerkan lebih 1,000 bahan pameran termasuk artifak, diorama, model dan replika merangkumi aspek sejarah, kebudayaan, warisan dan 800 spesimen berkaitan alam semula jadi khususnya di Selangor dan Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda