
Laporan/foto: Zayana Isa/Faizal Azrin (Pahang)
KUANTAN, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Liga Bola Sepak Dun Lepar yang dianjurkan berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam acara sukan berprestij ini.

Mustaqim (berbaju putih belang merah) mengharapkan agar lebih banyak penganjuran liga seperti ini dapat dianjurkan
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar Muhammad Mustaqim Zakaria, berkata antara objektif penganjuran liga ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak khususnya di Lepar.
“Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan ukhwah antara anak muda yang mana kita menerima sebanyak 14 penyertaan pasukan di DUN Lepar,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, kelmarin.
Ujarnya lagi, aktiviti ini juga menjadi medan kepada golongan muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas serta menjadi platform untuk mengetengahkan bakat bermain bola sepak.
-AA-