Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ziarah Kasih Komuniti MADANI Jerantut

By 21 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Komuniti MADANI Jerantut (Jerantut)

JERANTUT, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI dari Jerantut turun padang bagi menyantuni masyarakat setempat, di sini, semalam.

Rafly menyerahkan sumbangan kepada Zamri yang terlantar akibat kecederaan

Menurut salah seorang ahli Komuniti MADANI Mohd Rafly Satar, beliau ada menerima panggilan dari masyarakat di Pekan Damak memaklumkan ada kes bekas pekerja kilang yang mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan.

Antara penduduk yang menerima limau mandarin

“Justeru, saya dan beberapa ahli komuniti yang lain telah bersama-sama melawat ke rumah Zamri Mat Zin di Kampung Batu Balai yang terlantar akibat kemalangan jalanraya yang mengakibatkan beliau lumpuh,” katanya yang turut menyerahkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban.

Terdahulu, Rafly dan ahli komuniti yang lain iaitu Komuniti MADANI Jerangsong dan Komuniti MADANI Sg Jan turut menbuat edaran limau mandarin bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba kepada masyarakat Tionghua di daerah ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda