Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Penyaluran Bantuan SARA melalui MyKad Mudahkan Penerima

By 21 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad adalah sangat memudahkan penerima tanpa menggunakan tunai.

Malena Malak (kanan) bersama anak.

Pegawai Kewangan Persekutuan Perbendaharaan Malaysia Sarawak Leonard Wilfred Yussin semasa ditemu ramah pada Program Pelaksanaan ‘Live-Run’ SARA 2025 di Pasar Raya E-Mart Summer Mall, di sini semalam, berkata kini penerima menggunakan kredit SARA (yang sebelum ini dimasuk ke dalam akaun atau secara tunai) dengan berkunjung rakan niaga Program SARA untuk membeli barang kepeluan asas yang telah disenaraikan.

Menurut Malena Malak, 46, seorang Suri rumah, berkata penyaluran SARA melalui MyKad adalah sangat mudah kerana kita hanya perlu menunjukkan kad pengenalan semasa di kaunter pembayaran dan mengimbas kad pengenalan untuk menyemak status bantuan SARA melalui kad pengenalan sahaja.

“Selepas itu, segala urusan pembelian adalah mudah dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja di kaunter khas yang disediakan,” katanya semalam.

Seorang pekebun Saji Pawi, 55, dari Kampung Meranek di sini, gembira apabila status permohonannya telah berjaya pada petang semalam.

Saji Pawi (kanan) dan isteri dari Kampung Meranek.

Saji turut melahirkan kesyukuran serta menghargai sumbangan yang membantu meringankan bebannya untuk menyara keluarga.

Penyaluran SARA melalui penggunaan Kad Pengenalan kini diperluas di Sarawak dan Sabah bagi menyeragamkan proses penyaluran bantuan di seluruh negeri dan mekanisme ini dijangka akan memanfaatkan lebih 100 ribu penerima SARA di Sarawak untuk tahun ini.

Keseluruhannya, terdapat 230 rakan niaga di seluruh Sarawak menyertai pelaksanaan sumbangan ini dan jumlah tersebut dijangka akan terus bertambah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda