
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Penubuhan Sekolah Rendah Agama Integrasi Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) pada 2019 bertujuan melahirkan pemimpin yang cemerlang berteraskan nilai-nilai Islam.

Lafaz perasmian Yang Dipertua Negeri Melaka.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian sekolah yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah Jefrry Terimo, Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM yang berpusat di Bukit Beruang akan melebarkan sayap dalam proses membuka cawangan kedua yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2026 atas faktor memenuhi keperluan pendidikan yang semakin meningkat kini.
“Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM ini telah mendapat pengiktiran dan kelulusan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 11 September 2024 yang lalu sekali gus membuktikan komitmen dalam menyediakan platform pendidikan yang berkualiti tinggi di samping menjadikan sekolah ini sebagai institusi pengajian Islam yang unggul di negeri Melaka.

Jeffry Terimo ketika menyampaikan ucapan.
“Terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjadikan Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM ini setanding dengan sekolah-sekolah yang lain serta sekalung penghargaan kepada ibu bapa yang menyokong sepenuhnya institusi pengajian ini,” katanya.
-ZS-