Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

10,000 Banjiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Negeri Melaka 2025

By 9 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 berlangsung meriah semalam, dianggarkan lebih 10,000 rakyat Negeri Melaka pelbagai bangsa memenuhi tapak program di Malim Food Town, Melaka.

Ketua Menteri Melaka bersalaman bersama masyarakat yang hadir

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana komuniti, bahkan kita sentiasa mendengar denyut nadi seluruh lapisan rakyat termasuk komuniti Cina di Melaka untuk diberi perhatian dan bantuan sewajarnya.

Kehadiran orang ramai, sempena majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Negeri Melaka

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri Melaka menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM 200,000 kepada 1,000 penerima yang layak menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi meringankan beban masyarakat Cina untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Bahkan, pada tahun ini sahaja, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah RM 2.5 juta kepada seramai 5,812 penerima bantuan. Bantuan ini tidak hanya tertumpu kepada kebajikan, tetapi merangkumi pembangunan ekonomi dan sektor pendidikan komuniti Cina di Melaka,” ujar Ketua Menteri Melaka ketika berucap dalam majlis tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda