
Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohammad (Kluang)
KLUANG, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Dua usahawan tempatan telah menerima bantuan di bawah Program Pembangunan Usahawan RISDA, yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, dalam Program Santuni Pekebun Kecil Maju Bersama Menteri Besar Johor di Dewan Terbuka Kampung Batu Enam, Sri Lalang, semalam.
Salah seorang penerima, Fauziah Ahmad, 45, yang mengusahakan pembuatan kek dan biskut, menyatakan rasa syukurnya atas penerimaan Geran Bantuan Pembangunan Usahawan bernilai RM26,000.

Roziana Md Fadzil, 54 tahun, usahawan yang mengusahakan produk sambal pecal
“Permohonan dibuat pada tahun 2024 dan alhamdulillah pada tahun ini, dalam daerah Kluang, saya merupakan antara yang terpilih menerima bantuan geran pembangunan dari RISDA,” katanya.
Menteri Besar Johor turut menyerahkan Geran Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bernilai RM10,000 kepada Roziana Md Fadzil, 54, yang mengusahakan produk sambal pecal bersama suaminya.

Menteri Besar Johor bergambar bersama tetamu yang hadir
Program Pembangunan Usahawan RISDA bertujuan membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan melalui pelbagai inisiatif, termasuk bantuan modal dan latihan keusahawanan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad, Pengerusi RISDA Manndzri Nasib dan Pegawai Daerah Kluang Azurawati Wahid.
-AA-