Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

176 Kanak-kanak Daerah Rompin Sertai Program Berkhatan Anak Pahang 2025

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaizad Abd Samad (Rompin)

ROMPIN, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 176 kanak-kanak di daerah ini menyertai Program Berkhatan Anak Pahang 2025, di sini kelmarin.

Ahli Dewan Negeri Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain melakukan pancutan air kepada para peserta.

Menurut Ahli Dewan Negeri Tioman Datuk Sri Mohd Johari Hussain program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringkankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa.

“Program ini bukan sahaja memudahkan urusan berkhatan anak-anak kita, tetapi juga mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh keluarga, khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” katanya sewaktu berucap merasmikan majlis berkenaan.

Mohd Johari turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan berharap agar inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk.

Penyampaian sumbangan kerajaan negeri Pahang kepada peserta golongan Orang Kehilangan Upaya yang menyertai program ini.

Salah seorang bapa peserta, Asmawi Muhammad, 35, ketika ditemui memaklumkan bahawa program ini sangat membantu keluarganya kerana kos berkhatan di luar agak membebankan.

“Saya amat bersyukur dengan adanya program ini kerana sangat membantu kami dari segi kewangan dan memberikan kemudahan yang baik kepada anak-anak,” katanya.
-ZS-

Tinggalkan komen anda