Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ipoh Meriah dengan Da Bomb Festival

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Penganjuran Da Bomb Festival akan berlangsung selama lima hari bermula 5 Februari lalu di Dataran Bandaraya Ipoh di sini dengan mengetengahkan artis tempatan, aktiviti menarik dan gerai jualan.

Pengusaha Gerai Jualan Nasi Daging Ayaq Asam Mohd Faizal Serma sedang menyusun makanan yang dijual.

“Sambutan menggalakkan dan tidak disangka-sangka oleh rakyat Ipoh sehingga hari ini,” ujar Pengusaha Gerai Jualan Nasi Daging Ayaq Asam Mohd Faizal Serman ketika ditemu ramah pagi semalam.

“Saya ingin memperkenalkan menu Nasi Daging Utara yang menjadi _signature_ orang-orang utara kepada orang Ipoh dan yang menariknya, menu ini adalah resepi saya sendiri.

Pengusaha Gerai Jualan Chiki Tenders Nur Adha Rasdi sedang membungkuskan makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Pengusaha Gerai Jualan Chiki Tenders Nur Adha Rasdi, berkata sehingga hari ketiga program ini berlangsung, pendapatan jualan sangat memberangsangkan terutama di sebelah malam kerana pengunjung ingin berhibur dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

Artis yang turut hadir bagi memeriahkan suasana adalah Cat Farish, Chacha Maembung dan ramai lagi malah program ini telah mendapat kerjasama daripada Tourism Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

-ZS-

Tinggalkan komen anda