Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

200 Pelajar Sekolah Sekitar Kemaman Terima Manfaat Program Back To School

By 7 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 200 orang pelajar di Parlimen Kemaman telah menerima sumbangan berbentuk beg sekolah dan barangan alat tulis dalam Program Back to School yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Rakan Muda Mak Lagam, di sini kelmarin.

Juwairiya Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Sihat Kemaman dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tersebut menyasarkan golongan yang berpendapatan rendah dan bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menjelang musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Seorang penerima Mohd Yusof, 49, dari Felda Cherul, berkata bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan keluarga dalam membuat persediaan bagi menghadapi musim persekolahan akan datang ini.

“Pada tahun ini permulaan musim persekolahan dan permulaan puasa serta sambutan perayaan Aidilfitri yang hampir serentak menyebabkan persediaan kami sedikit terkesan, namun dengan bantuan seumpama ini sudah pasti dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Mohd Yusof dari Felda Cherul berkata bantuan ini membantu meringankan beban beliau dan keluarga.

Nor Asyikin Mohd, 43, dari Kampung Paya Berenjut Chukai, melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyampaikan bantuan seumpama ini.

“Dengan bantuan beg sekolah yang baharu ini anak-anak saya juga nampak gembira dan bersemangat untuk mengharungi musim persekolahan yang akan bermula pada 16 Februari ini,” katanya.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Juwairiya Zulikfili.

-ZS-

Tinggalkan komen anda