Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

75 Ketua Isi Rumah (KIR) Mangsa Kebakaran Terima Wang Ihsan

By 14 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip / Mohd Maqdi Bin Salleh (Tawau)

TAWAU, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Beban yang ditanggung oleh seramai 75 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Sri Aman, Tawau terasa sedikit ringan setelah menerima Bantuan Wang Ihsan daripada kerajaan negeri.

Nizam menyerahkan sumbangan wang ihsan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman, Tawau di sini hari ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat terutama kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, melalui kerajaan negeri, memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan mangsa yang terlibat, oleh itu kerajaan akan memberi bantuan yang sewajarnya.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan penduduk yang diuji dengan bencana ini terjaga dan agar mereka terus tabah menghadapi segala ujian yang datang,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nizam turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian kebakaran berulang terutama di penempatan yang berisiko tinggi.

Sekitar suasana majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada 75 Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kampung Sri Aman, Tawau hari ini.

“Adalah penting untuk kita semua sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian kebakaran berulang, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi,” ujarnya.

Pada 12 Januari lalu, kira-kira 60 buah rumah dan sebuah masjid di Kampung Sri Aman, Tawau telah musnah dalam satu kejadiaan kebakaran besar mengakibatkan lebih 70 KIR hilang tempat berteduh.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat Apas, M Azriansyah Ali, dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Apas.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda