Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

AIM Hulur Bantuan, Ringankan Beban 243 Mangsa Banjir

By 4 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman,Nor Hapi Zaini Mat Ali (Besut)

BESUT, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Keprihatinan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terhadap mangsa banjir terserlah apabila seramai 243 Sahabat AIM Cawangan Besut menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.

Rakiah bersyukur dan berterima kasih kepada AIM atas sumbangan yang diterima.

Bertempat di Pejabat AIM Besut, di sini kelmarin, sumbangan berjumlah RM14,300 itu disampaikan oleh Pengurus Cawangan Nik Norhayati Mat Said.

Nik Norhayati berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima yang terjejas akibat banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“AIM bukan sekadar menyalurkan bantuan kewangan, tetapi juga berperanan dalam menyokong pemulihan usahawan dan penduduk setempat yang mengalami kerugian,” katanya.

Rakiah Aziz, 61, dari Hulu Besut, bersyukur atas bantuan tersebut yang sedikit sebanyak membantu menampung kos kerosakan barangan rumah.

Siti Nurul Huda, berkata bantuan ini dapat digunakan bagi menampung keperluan asas keluarganya.

Sementara itu, Siti Nurul Huda Mad Nawai, 40, dari Kampung Bukit Puteri, gembira kerana tersenarai sebagai penerima dan menyatakan bantuan AIM meringankan beban suaminya dalam menyediakan keperluan asas keluarga.

Turut hadir wakil Koperasi Sahabat AIM Cawangan Besut Rahimah Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda