Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Usahawan Nasi Kerabu Buka Peluang Pekerjaan kepada Anak-Anak Muda

By 4 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Nasi Kerabu Concodey Kale Pokwa yang terletak di kawasan Felda Perasu, di sini kini menjadi tumpuan ramai dan menarik pengunjung dari seluruh negara.

Hasrat pengusahanya, Wan Norazilah Wan Dollah, 38, untuk membangunkan kawasan terbiar dan hutan di sekitarnya telah berhasil menjadikan kedai makan ini sebagai hotspot yang popular.

Suasana di Nasi Kerabu Concodey.

Wan Norazilah, berkata tujuan utama beliau membuka kedai ini adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung, terutama anak-anak muda.

“Saya bersyukur kerana perniagaan nasi kerabu saya mendapat sambutan yang hangat.

“Pekerja saya adalah anak-anak muda tempatan, ramai yang lepasan sekolah dan secara tidak langsung ia membantu menambah pendapatan keluarga mereka,” ujarnya kelmarin.

Salah seorang pekerja muda Mohd Danial Haikal, 18, yang juga merupakan anak tempatan meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang bekerja di kedai tersebut.

“Saya amat bersyukur kerana dapat membantu keluarga dan mendapat pengalaman baru.

Norazilah bersama Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang.

“Lokasi kedai ini dekat dengan rumah saya, jadi ia memudahkan saya bekerja tanpa perlu pergi jauh,” katanya.

Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan, kedai ini juga terkenal dengan pelbagai pilihan menu, termasuk daging, ayam, kambing bakar, serta solok lada yang menjadi daya tarikan utama para penggemar nasi kerabu dari seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda