Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dasar untuk Semua, Perpaduan Resepi Kejayaan Selangor – Amirudin

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan kejayaan dan pencapaian kerajaan negeri Selangor berasaskan dasar untuk semua atau memastikan perpaduan kekal.

Amirudin ketika menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Selayang dan DUN Sungai Tua

Amirudin berkata, tahun 2024 kerajaan Selangor mencatatkan pelaburan lebih RM66 bilion dan memperoleh hasil negeri berjumlah RM2.86 bilion, kedua-duanya melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Pencapaian tersebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun lalu.

Antara orang ramai pelbagai yang hadir dan memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina

“Sudah tentu kejayaan tersebut dicapai kerana kerajaan negeri dan pentadbiran hari ini memastikan perpaduan kekal dan tidak melaksanakan dasar yang ekstrem,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, berkata negara dan rakyat perlu maju ke hadapan selain perlu bergerak bersama sebagai sebuah keluarga besar, keluarga rakyat Malaysia.

“Untuk itu seluruh kaum, agama dan keturunan perlu patuh kepada perlembagaan, undang-undang dan bersedia bersatu hati untuk membawa kejayaan bersama.

“Begitu juga negeri ini memerlukan lebih maju dengan perpaduan akan terus menjadi cita-cita dan kemahuan bersama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina parlimen Selayang dan DUN Sungai Tua di Selayang Baru semalam.

Turut hadir Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan ADUN Taman Templer Anfaal Saari.

-AA-

Tinggalkan komen anda