Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Siput Sedut untuk Kegunaan Sendiri, Bukan Dijual

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniff Tukija (Sabak Bernam)

SUNGAI BESAR, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengingatkan penduduk kampung bahawa aktiviti mengutip siput sedut di hutan simpan untuk dijual adalah satu kesalahan dan boleh didakwa.

Penolong Pegawai Antidadah, Muhammad Aiman Mohd Rosdi (kanan) turut hadir menjayakan Program Tanam Pokok Bakau

Penolong Pemelihara Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Abd Halim Md Yassin, berkata namun sekiranya individu atau penduduk kampung mengutip siput sedut untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan.

Peserta SKUAD Antidadah Daerah Sabak Bernam sedang menanam pokok bakau di Pantau Tebuk Marso, Sungai Haji Dorani

“Jika didapati ada individu yang mengambil hasil hutan seperti siput sedut dan menjual hasil tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 Seksyen 81 (1),” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Program Tanam Pokok Bakau di Pantai Tebuk Marso, Sungai Haji Dorani, di sini kelmarin.

Program tersebut anjuran Kelab Belia Komuniti Sungai Haji Dorani serta mendapat kerjasama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan berjaya menanam 500 batang pokok bakau jenis kurap.

Program ini melibatkan seramai 100 orang peserta terdiri daripada SKUAD Antidadah Daerah Sabak Bernam, Kelab Muara Jeti Sungai Haji Dorani, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Sungai Haji Dorani, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sabak Bernam, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabak Bernam serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Haji Dorani.

-AA-

Tinggalkan komen anda