
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 12 Feb (Malaysiaaktif) – 28 penjawat awam di Jabatan Penerangan Negeri Perlis, menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai menunjukkan komitmen dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Norazila Mat Zin antara warga kerja yang menandatangi IBR pada pagi tadi.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Mazli Hamdan amat berbesar hati atas komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan penjawat awam di Jabatan Penerangan Negeri Perlis untuk sama-sama memberi sokongan agar memastikan integriti dalam disiplin seperti kehadiran setiap hari kekal berada di tahap yang terbaik.
“IBR merupakan disiplin kepada penjawat awam bertekad dan bertindak bermula dari mendisplinkan diri, seterusnya sentiasa menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan serta amalan tidak berintegriti yang berunsur rasuah,” katanya ketika berucap pada Program Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama 28 warga kerja, di Dewan Sivik, di sini pagi tadi.
Terdahulu, kesemua warga kerja yang hadir turut diberikan nasihat berkenaan Integriti diri cerminan daripada disiplin setiap individu itu tersendiri.

28 warga kerja JAPEN Perlis menandatangi IBR.
“Saya berharap dengan adanya menandatangi IBR ini, penjawat awam terutama di jabatan ini, dapat menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri masing-masing,” ujarnya.
Turut hadir Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembamgunan Masyarakat Shameelawati Shaari dan Penolong Pengarah Cawangan Khidmat Pengurusan Kewangan Nurazura Abd Rahman, Jabatan Penerangan Negeri Perlis.