Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Internet Laju Membantu Mahasiswa UM

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Naqiah Abdul Malik

KUALA LUMPUR, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, telah turun padang bagi meninjau pemasangan Wi-Fi di Kolej Kediaman Zaaba, Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Fahmi Fadzil ketika sesi sidang media di UM

Sebanyak 1,837 titik akses kemudahan Wi-Fi telah selesai dipasang di dalam usaha menaik taraf capaian internet di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara dalam membantu mahasiswa.

Menurut Fahmi Fadzil, menerusi pemasangan itu, pelajar akan mendapat kualiti capaian internet yang lebih baik, seiring dengan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia.

Fahmi Fadzil bergambar kenangan bersama urusetia di UM

“Pemasangan fasa pertama membabitkan 3,149 titik akses Wi-Fi di tiga Universiti Awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang telah diselesaikan pada Rabu lalu dengan peruntukan sebanyak RM11.6 juta,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak 50 unit komputer riba kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan, terutama yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Turut hadir Naib Canselor UM, Professor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, Pengarah Kanan Bahagian Pemberian Perkhidmatan Sejagat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Wan Khairil Reza Wan Kamarudin dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Faisal Hamdi Mohammed Ghouth.

-AA-

Tinggalkan komen anda