Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Khatam Al-Quran Perdana: Membentuk Generasi Berakhlak Mulia

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hendry Nurdin / Yunus Abu

LAHAD DATU, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Khatam al-Quran Perdana Peringkat Daerah Lahad Datu menjadi platform penting untuk mengingatkan umat Islam tentang peranan besar Al-Quran dalam kehidupan.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeeen @ Benetty Mohd Dzul, Al-Quran bukan hanya kitab suci tetapi panduan hidup yang mampu mendidik hati dan membentuk peribadi unggul yang menjadi kunci kejayaan di dunia dan akhirat.

“Budaya membaca dan memahami Al-Quran perlu dipupuk dalam masyarakat agar menjadi amalan harian. Ia adalah asas penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Acara membaca Al-Quran beramai-ramai sebagai simbolik Khatam Al-Quran di sini semalam.

“Pentingnya kita melahirkan generasi celik Al-Quran, yang bukan hanya boleh membaca tetapi memahami dan mengamalkannya,”katanya semasa merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha di sini semalam.

Beliau turut menegaskan, Al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam dalam menghadapi cabaran moden dan dapat membentuk sahsiah cemerlang.

“Jika kita berpegang pada ajaran Al-Quran, kita tidak akan mudah terpesong dari nilai Islam dan Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mereka mencintai Al-Quran,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Pelaksana Dan Penggerak Majlis, AlFadil Ustaz Yunus Abu pula menekankan pentingnya istiqamah dalam membaca Al-Quran dan keseimbangan antara pendidikan Al-Quran dan akademik.

Ustaz Yunus dalam ucapannya di Majlis Khatam al-Quran Perdana semalam menekankan pentingnya istiqamah dalam membaca Al-Quran.

“Majlis Khatam ini bukan penamat, tetapi permulaan untuk mendalami Al-Quran dengan lebih serius. Kita perlu terus membaca, memahami, dan mengamalkan isi kandungannya.

“Institusi agama seperti masjid, surau, dan pusat tahfiz memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat untuk memahami Al-Quran dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Untuk makluman, sekitar 800 orang hadir dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Lahad Datu untuk meraikan 600 kanak-kanak yang telah khatam Al-Quran dari pelbagai sekolah dan pusat mengaji sekitar daerah ini.

Antara yang turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM N61) Segama, Datuk Mizma Appehdullah dan mantan pegawai daerah, Dr. Mohamaad Ayub Yaakob.

-RJ-

Tinggalkan komen anda