Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Mnafaatkan Kemudahan NADI

By 3 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 3 Feb (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI sekitar Seberang Perai Tengah tidak melepaskan peluang untuk menghadiri sesi taklimat dan pendaftaran percuma sebagai ahli NADI Perai, di sini semalam.

Antara pengunjung yang telah melengkapkan borang keahlian NADI.

 

NADI bukan sekadar pusat jalur lebar berinternet, malah berfungsi sebagai hab pembelajaran digital melalui penganjuran kursus serta latihan keusahawanan yang terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Pengurus NADI Perai Cik Nasreen, inisiatif kerajaan ini diwujudkan bagi memudahkan komuniti menjalankan aktiviti pembelajaran digital serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

“Kami menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, komputer riba, akses Internet, latihan keusahawanan serta penyampaian maklumat terkini daripada kerajaan ke arah meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Edaran bahan pernerbitan berkaitan inisiatif terkini kerajaan turut dilakukan.

Program ini turut dihadiri oleh wakil Komuniti MADANI termasuk M. Thuraisingam (Taman Perai), Sammarasi (Taman Kimsar) dan R. Krishnan (Chai Leng Park) yang komited dalam menggalakkan penyertaan aktif masyarakat terhadap inisiatif digital ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda