Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Liga Sukan Kampung@Hulu Yam Bharu Meriah

By 2 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amir Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 2 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 1000 orang hadir meriahkan program Liga Sukan Kampung @ Hulu Yam Bharu yang diadakan di Padang Awam Taman Desa Kaloi, Hulu Yam Bharu. di sini semalam.

Persembahan tarian sewang oleh masyarakat Orang Asli Hulu Selangor

Menurut Ketua Kampung Sungai Kamin/Hulu Kalong, program julung kali diadakan di daerah Hulu Selangor ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Saya rasa amat terharu dengan sambutan hangat yang diberikan oleh semua peserta, agensi serta para penduduk pelbagai kaum dan peringkat umur di Hulu Yam Bharu.

“Cuaca baik sepanjang hari turut membantu kelancaran semua acara, syukur alhamdulillah, terima kasih semua,” ujarnya.

Saifuddin Shafi memberikan ucapan perasmian program

Sebanyak enam acara yang dipertandingkan iaitu Silat Olahraga, e-sukan Mobile Legend, bola sepak tujuh sebelah, sepak takraw, tarik tali tujuh sebelah dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Selain itu turut diadakan pameran oleh pelbagai agensi, gerai jualan, cabutan bertuah serta persembahan kebudayaan dan seni mempertahankan diri dari empat kaum utama di Hulu Selangor iaitu Melayu, India, Cina dan masyarakat Orang Asli.

Program merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKP) Kampung Sungai Kamin/Hulu Kalong dengan kerjasama beberapa agensi di daerah dan dirasmikan oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad.

-AA-

Tinggalkan komen anda