Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program Back To School Ringankan Beban Golongan B40

By 2 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali/Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 300 pelajar tadika dan sekolah rendah di sekitar Kampung Melayu dan Pekan Kepong menerima bantuan persekolahan berserta wang tunai menerusi Program Back To School anjuran MPP Sub Zon 1 Parlimen Kepong, semalam.

Penyerahan cenderahati dari pihak MPP Subzon 1 Parlimen Kepong kepada Pegawai Penerangan Daerah Kepong/Batu

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr. Abdul Razak Abdul Rahman, dalam ucapan perasmian, berkata program ini adalah inisiatif Pejabat UMNO Bahagian Kepong dalam memastikan hal pendidikan menjadi keutamaan bagi murid-murid demi masa hadapan.

“Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa dan menunjukkan tahap keprihatinan kami kepada masyarakat sekitar,”, katanya.

Sesi ceramah bertajuk Mendidik Anak dengan Jati Diri dan Akhlak yang disampaikan oleh Mohd Syukry Roslan dari Asia Leadership Academy (Malaysia) Sdn Bhd

Sementara itu, ibu kepada salah seorang penerima, Siti Mariam Muhd, 40, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPP yang banyak menyalurkan bantuan kepada anak-anaknya dan masyarakat sekitar Kepong.

“Saya berharap bantuan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh dari program seperti ini,” ujarnya.

Selain itu, Abdul Wahab Ibrahim, 52, berkata program yang dilaksanakan sangat baik namun perlu ada pertambahan bajet lagi untuk program-program sebegini selari dengan keperluan semasa.

Antara pengisian program ialah penyampaian ceramah oleh Mohd Syukry Roslan dari Asia Leadership Academy (Malaysia) Sdn Bhd, bertajuk Mendidik Anak dengan Jati Diri dan Akhlak bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang betapa pentingnya pendidikan dan sahsiah diri yang baik membentuk generasi masa hadapan yang hebat dan berintegriti.

-AA-

Tinggalkan komen anda