Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Masyarakat Berbilang Kaum Banjiri Pekan Bau Saksikan Acara Perarakan Chap Goh Mei

By 14 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Pekan Bau dibanjiri masyarakat berbilang kaum di sini yang mahu melihat kemeriahan dan keunikan warisan kebudayaan masyarakat Tionghoa menerusi acara perarakan Chap Goh Mei 2025 bersama keluarga mereka.

Bandar Bau menjadi tumpuan orang ramai yang mahu menyaksikan kemeriahan dan keunikan Perarakan Chap Goh Meh Bandar Bau 2025.

Mereka adalah masyarakat berdekatan yang datang dari Lundu, Kuching, Samarahan dan Serian yang tidak mahu melepaskan peluang berkampung di bandar ini untuk menyaksikan acara besar masyarakat Tionghoa yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menariknya acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk setiap tahun ini bukan sahaja berjaya memperlihatkan semangat muhibah dan perpaduan komuniti malahan mencerminkan nilai toleransi dan saling menghormati.

Chong Chun Min (dua dari kiri) menyantuni petugas perarakan Chap Goh Mei Bandar Bau 2025.

Menurut Kapitan Kawasan Pekan Bau, Chong Chun Min, 48, yang ditemui di lokasi semalam menjelaskan perarakan tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan malam bagi memberi ruang dan peluang kepada pengunjung menyaksikan acara ini.

” Acara ini setiap tahun ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya yang mahu melihat kemeriahan dan keunikan warisan budaya masyarakat Tionghoa sama ada penduduk setempat mahupun dari kawasan berdekatan,” katanya semalam.

Menurutnya, pada sebelah pagi terdapat 110 kontijen yang menyertai manakala sebelah malam sebanyak 74 kontijen.

“Kontijen daripada masyarakat Bidayuh dan Melayu juga ada mengambil bahagian yang mencerminkan semangat muhibah dan perpaduan serta nilai toleransi dan saling menghormati” ujarnya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda