Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Undian di Majlis Raja-Raja ke-268

By 14 Februari 2025Februari 27th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Tiada undian dibuat oleh Raja-Raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 5 dan 6 Februari lalu.

“Saya ingin menyentuh satu dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya, dalam sidang Majlis Raja-Raja baharu-baharu ini ada satu undian yang dibuat yang mana disebut angka tujuh dua dan hal ini adalah satu mainan yang mana sejujurnya tidak ada sebarang undian yang dilakukan dalam Majlis Raja-Raja baharu-baharu ini.

“Malah, yang kita tahu dan kita faham mengenai proses sekiranya ada sebarang undian pun, hanya Raja Pemerintah, Raja yang berdaulat, yang berhak untuk mengundi dalam sidang tersebut,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurutnya, daripada gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mengenai Majlis Raja-Raja yang baharu berlangsung, rakyat boleh melihat bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sendiri tidak hadir.

“Bermaksud tidak ada sembilan undian, maka untuk mana-mana pihak membuat satu berita palsu, menyatakan ada undian tujuh dua bermaksud ada sembilan Raja yang mengundi.

“Tuanku gering dan tidak hadir dan Tuanku telah kemudiannya pada Jumaat minggu lalu telah berangkat untuk rawatan kesihatan, rawatan perubatan di luar negara,” katanya.

Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi.

“Maka pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah mengenal pasti sejumlah individu yang telah terlibat menularkan berita palsu ini yang memang bersifat 3R  (Raja, agama, kaum) dan akan diambil tindakan terhadap mereka serta mana-mana pihak lain yang turut menularkan, menyebarkan berita palsu yang melibatkan Raja-Raja,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda