Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Menu di Luar Musim

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Ketika bulan Ramadan, akan ada pelbagai menu yang sangat dinantikan seperti nasi ulam bersama ‘sayuq keladi’ (asam rebus keladi).

Menu musim bulan puasa ini, adalah juga menu warisan sejak zaman berzaman dan semakin pupus, namun kini ia boleh diperolehi di luar musim di Jalan Padang Behor, Kangar.

Nasi ulam sedap di makan bersama asam rebus keladi

Menurut pemilik gerai Nasi Ulam Warisan, Suzana Hamid, 36, dari Kampung Padang Behor yang berpengalaman berniaga dalam F&B (makanan dan minuman) ini telah membuat jualan nasi ulam di luar musim kebiasaannya kerana mendapat permintaan daripada pelanggan.

Puan suzana menunjukkan bahan-bahan membuat nasi ulam

Inisiatif beliau kini, semakin mendapat sambutan daripada penggemar menu nasi ulam.

“Nasi ulam ini, ibu saya yang akan pastikan ulam-ulaman sebanyak 20 jenis perlu ada. Oleh sebab itu, kami hanya menjual berkala kerana ingin memastikan khasiat dan kebaikan ulam-ulaman tersebut dalam nasi ulam ini.

“Selain nasi ulam, menu ini juga sedap di makan bersama asam rebus keladi.

“Bagi wanita yang sedang berpantang, elok untuk makan nasi ulam ini, tambahan pula kami tidak menggunakan ikan masin, kami membuat sendiri serunding ikan dari ikan segar dan tanpa belacan,” ujarnya ketika ditemui di gerainya yang terletak bertentang Pasar Raya Borong Din, Jalan Padang Behor pada petang tadi.

“Antara ulam-ulaman yang sukar ditemui yang ada dalam nasi ulam kami ini adalah seperti daun sekentut, daun beluntas, pucuk bebuas dan hanya boleh di jumpai di kampung-kampung sahaja,” katanya.

Nasi ulam adalah menu sihat yang berkhasiat dan membantu pembuangan angin dalam badan serta melancarkan peredaran darah.

Sajian dari zaman dahulu dan terkenal di kawasan kampung dan pedalaman ini kini di luar musim, dengan mudah boleh diperolehi di Kangar.

Bagi set nasi ulam bersama asam rebus keladi, tambahan ikan gelama masin dan telur masin juga ada disediakan.

-AA-

Tinggalkan komen anda