Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bantuan Awal Persekolahan Ringankan Beban Kewangan Ibu Bapa

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Maherah Marina Mahusin (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah inisiatif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dan diterima baik oleh orang ramai dalam usaha meringankan kos sara hidup. Program bantuan tunai ini bertujuan membantu keluarga terutama golongan B40 bagi mengurangkan beban kewangan menjelang tahun persekolahan.

Safinah Saari pemberian bantuan BAP dapat meringankan beban kewangan isi rumah

Safinah Saari, 37, yang mempunyai tiga anak yang masih bersekolah rendah, menaruh harapan besar agar bantuan ini dapat membantu dalam persediaan barangan keperluan sekolah menjelang pembukaan sekolah pada 17 Februari 2025.

“Para ibu bapa melahirkan rasa bimbang setiap kali permulaan persekolahan yang hampir dengan sambutan perayaan Aidilfitri kerana perbelanjaan keluarga meningkat secara mendadak.

“BAP ini sedikit sebanyak membantu terutama bagi keluarga yang membuat persiapan persekolahan,” katanya ketika di temuramah di Pasar Batu 6, di sini hari ini.

Wan Najwa Shahirah berharap BAP ini diteruskan pada masa akan datang

Wan Najwa Shahirah, 25, pula berkongsi rasa syukur atas bantuan tersebut yang meringankan beban kewangan keluarga terutama kedua orang tuanya yang kurang berkemampuan.

Beliau merancang untuk menggunakan bantuan itu secara berhemah bagi persediaan awal persekolahan adiknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Tunggal, Kuala Nerus.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga saya dan memberi sedikit kelegaan dalam persediaan persekolahan,” ujarnya.

Usaha pihak kerajaan ini dapat meringankan beban kewangan, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) sekali gus memastikan setiap rakyat mendapat akses pendidikan yang baik dan teratur.

-AA-

Tinggalkan komen anda