Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MUIP Komited Perkasakan Ekonomi Ummah

By 6 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/MUIP

KUANTAN, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) komited memperkasakan ekonomi ummah melalui pelbagai inisiatif berlandaskan prinsip syariah.

Ahmad Hairi sewaktu berucap di Majlis Perasmian Karnival Israk Mikraj dan Hari Bertemu Pelanggan MUIP Siri 1 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussin, cabaran ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini semakin kompleks, justeru MUIP sentiasa komited dalam memperkasakan ekonomi ummah.

“Usaha ini merupakan suatu tekad bagi mengurangkan jurang kemiskinan khususnya bagi rakyat negeri Pahang,” katanya sewaktu berucap merasmikan Karnival Israk Mikraj dan Hari Bersama Pelanggan MUIP Siri 1 2025, di sini semalam.

Ujarnya lagi, MUIP juga konsisten dalam perihal pendidikan.

“Kita tidak boleh memandang remeh peranan zakat dalam pembangunan pendidikan dan kebajikan masyarakat kerana pendidikan merupakan aset yang paling berharga dalam membina generasi yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia,” ujarnya.

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang turut menyertai pameran.

Beliau turut mengumumkan MUIP telah mengagihkan zakat sebanyak RM248.04 juta yang memanfaatkan kira-kira 113,000 penerima pada tahun 2024.

“Terima kasih kepada pembayar zakat negeri Pahang dan diharapkan lebih ramai dapat membayar zakat agar ramai asnaf mendapat manfaat daripada zakat tersebut,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda