Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

NADI Beri Pelbagai Kemudahan kepada Ahli Berdaftar

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mohd Alihanafiah (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Program Kerjasama Strategik NADI X Komuniti Madani yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang 4 Rungkup disini kelmarin, berjaya membuka mata masyarakat tentang NADI.

Ketua Komuniti Madani Rungkup 1 Shahrisam Mohd Amin, berkata program yang julung kali diadakan itu merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Penerangan Malaysia untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama ahli Komuniti Madani tentang peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI.

Shahrisam (dua dari kanan) tekun mendengar taklimat yang disampaikan

“Ini merupakan kali pertama kami berkunjung kesini dan baru mengetahui jika berdaftar sebagai ahli NADI pelbagai manfaat akan dinikmati berbanding jika hanya sebagai pengunjung biasa.

“Hari ini kami sebulat suara mendaftar sebagai ahli dan akan dibenarkan menggunakan perkhidmatan dan kemudahan NADI pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja,” ujarnya ketika ditemubual.

Antara ahli Komuniti Madani yang hadir untuk menjadi ahli NADI

Pengurus NADI Simpang 4 Rungkup Abdul Karim Hamzah, berkata tawaran untuk menjadi ahli NADI terbuka kepada warga Malaysia dan yuran pendaftaran hanya serendah RM 5 untuk seumur hidup.

Keistimewaan menjadi ahli membolehkan penggunaan perkhidmatan komputer di NADI secara percuma untuk 1 jam pertama dan RM 1 untuk jam berikutnya.

Yuran percuma berdasarkan syarat tertentu juga akan ditawarkan kepada ahli yang berminat untuk mengikuti kelas, program dan bengkel anjuran NADI.

Untuk permohonan menggunakan bilik latihan bagi tujuan mengadakan mesyuarat atau perbincangan berkumpulan tiada caj akan dikenakan dan paling menarik bilik yang disediakan sangat selesa kerana disertai kemudahan penghawa dingin, projektor dan layar putih.

“Bagi yang tidak sempat hadir ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan tekanan darah dan glukosa, boleh hadir ke NADI dan sebagai ahli dan akan diberi perkhidmatan secara percuma.

“Jadi jika anda berminat untuk menjadi ahli, berkunjunglah ke NADI berhampiran dan kami beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum, dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya ketika memberi taklimat.

-AA-

Tinggalkan komen anda