
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/Pejabat Parlimen Pekan
PEKAN, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Semangat Malaysia MADANI melepasi sempadan agama, warna kulit dan kepercayaan merupakan satu gagasan yang holistik dan sesuai di semua peringkat kehidupan.

YB Ahli Parlimen Pekan menyampaikan sumbangan kepada golonganĀ memerlukan
Demikian petikan ucapan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali semasa meraikan hampir 400 penduduk berbangsa Cina di Pekan dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di sini, semalam.

Sambutan Tahun Baharu Cina turut memaparkan perpaduan erat antara pelbagai kaumĀ diĀ negaraĀ ini
Beliau inginkan hubungan yang erat sejak dahulu lagi menjadi bukti kebersamaan dan kebersatuan masyarakat khususnya di Parlimen Pekan.
“Sambutan seperti ini mencerminkan nilai perpaduan yang kukuh serta semangat toleransi yang tinggi menjadi teras kejayaan bersama dalam mendokong gagasan Malaysia MADANI.
āDengan semangat kerjasama dan usaha gigih, saya yakin segala cabaran yang mendatang dapat kita atasi bersama,ā ujarnya.
Turut hadir Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya YB Datuk Mohd NizarĀ Najib.
-AA-