
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/JPN
JERANTUT, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Penduduk orang asli dari Kampung Keniam menerima kad pengenalan melalui Program Kaunter Hutan Belantara anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kelmarin.

Program Kaunter Hutan Belantara anjuran JPN ini bertepatan dengan slogan “Rakyat di Hati JPN”
Menurut Ketua Unit Komunikasi JPN Siti Mariani Ayob, perkhidmatan kaunter ini adalah bertepatan dengan slogan JPN “Rakyat di Hati JPN” dan “JPN Di Mana-mana” sebagai usaha memastikan rakyat mendapat kad pengenalan diri yang sah.

Anak-anak orang asli Kampung Keniam menyambut kehadiran Saifuddin ke kampung mereka
“Program ‘Kaunter Di Hutan Belantara’ ini telah menerima sebanyak 15 permohonan daftar lewat kelahiran serta satu permohonan kad pengenalan, 10 pengecaman identiti dan Menteri Dalam Negeri turut menyempurnakan penyerahan dokumen pengenalan diri kepada 24 penerima MyKad dan 20 penerima Sijil Kelahiran,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif.
Ujarnya lagi, melalui pendekatan ini JPN berjaya membawa perkhidmatan pendaftaran penting terus ke komuniti Orang Asli, sekali gus mengurangkan beban perjalanan jauh dan kos yang tinggi untuk ke JPN.
Program ini adalah hasil kerjasama antara JPN, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang dan Daerah Jerantut, serta agensi-agensi keselamatan, pendidikan dan kesihatan di peringkat daerah Jerantut.
-AA-