Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

300 Murid di Indera Mahkota Terima Bantuan Awal Persekolahan

By 11 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota

KUANTAN, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 300 murid di Parlimen Indera Mahkota menerima baucer RM200 Bantuan Awal Persekolahan Indera Mahkota 2025.

Salah seorang penerima baucar bantuan bernilai RM200

Bantuan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Datuk Ahmad Farhan Datuk Sri Fauzi di sini, kelmarin.

Menurut Ahmad Farhan program bantuan seumpama ini perlu diperluaskan bagi membantu lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan di seluruh negeri.

ADUN Semambu YB Chan Chun Kuang turut hadir bersama

“Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih selesa dan fokus.

“Baucar sumbangan ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah seperti buku, pakaian seragam dan alat tulis,” katanya.

Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada golongan yang terkesan dengan kesusahan ekonomi terutama dalam memastikan anak-anak ini tidak tercicir daripada menerima pendidikan formal.

-AA-

Tinggalkan komen anda