Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Peranan Penguat Kuasa Wanita, Satu Keperluan dalam Undang-Undang

By 7 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri

KUALA LUMPUR, 7 Feb (MalaysiaAktif) – Pegawai penguat kuasa wanita mempunyai peranan penting untuk pencegahan jenayah terutamanya dalam aspek keselamatan keadilan dan kesejahteraan masyarakat.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam era yang semakin mencabar ini, kehadiran wanita dalam bidang penguatkuasaan bukan lagi sekadar pelengkap tetapi satu keperluan bagi kes-kes yang melibatkan wanita.

Antara penguat kuasa wanita yang hadir.

“Kepekaan, empati serta kebolehan mereka dalam menangani situasi dalam kebijaksanaan menjadikan mereka aset yang sangat berharga dalam sistem keselamatan dan penguatkuasaan ini.

“Di lapangan, kita dapat melihat pegawai penguat kuasa wanita bukan sahaja terlibat dalam tugas-tugas rondaan, penyiasatan dan operasi pencegahan jenayah, malah memainkan peranan penting dalam advokasi dan pendidikan masyarakat tentang keselamatan dan undang-undang,” katanya.

Wan Hassan berkata demikian dalam Program Pemerkasaan ‘Women Law Enforcement – Beauty, Strength and Excellence’ MADANI 2025 yang telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL, Cheras, di sini semalam.

Antara tetamu kehormat yang hadir.

Turut hadir isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya lagi, dengan kecekapan dan keberanian, mereka telah membuktikan bahawa tanggungjawab ini tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja tetapi kaum wanita juga memainkan peranan yang amat penting yang sama dalam menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian masyarakat.

Program ini telah berjaya mengumpul hampir 2,000 anggota pegawai penguat kuasa wanita daripada pelbagai agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam memberikan penghormatan kepada mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda