
Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohammad (Kluang)
KLUANG, 12 Feb (MalaysiaAktif) ā Komuniti MADANI Mukim Renggam terus melangkah maju dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk setempat menerusi Program SejaTi MADANI dengan peruntukan sebanyak RM100,000 yang diberikan, mereka telah membangunkan projek penternakan rusa yang dikenali sebagai Agro Farm Deer MADANI @ Kampung Batu Tujuh, Simpang Renggam.

Ketua Komuniti MADANI Mukim Renggam, Ahmad FarhanĀ AbuĀ Bakar
Ketua Komuniti MADANI Mukim Renggam, Ahmad Farhan Abu Bakar, menyatakan bahawa dana yang diterima digunakan sepenuhnya untuk membeli enam ekor baka rusa, membina sebuah kabin yang dilengkapi dua bilik air, surau dan stor serta membeli sebuah kenderaan ATV dan bekalan makanan untuk ternakan.

ATV serta kabin yang mempunyai kemudahan bilik air, surauĀ sertaĀ stor
āKami mensasarkan pasaran daging rusa di sekitar Johor dan Kuala Lumpur dengan harga yang boleh mencecah RM150 sekilogram dan setakat ini proses penternakan, penyembelihan dan melapah dilakukan di ladang, manakala jualan daging rusa beku dijalankan di sebuah kedai yang disewa di Simpang Renggam,ā katanya ketika ditemui di ladang tersebut semalam.
Ahmad Farhan turut memaklumkan bahawa kabin yang dibina akan dikembangkan menjadi sebuah kafe yang menyajikan pelbagai hidangan berasaskan daging rusa dalam masa terdekat.
Sehingga kini, Agro Farm Deer MADANI telah mempunyai kira-kira 45 ekor rusa, termasuk seekor anak rusa yang baru dilahirkan empat hari lalu dan dengan perkembangan ini, jumlah ternakan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat, sekali gus memperkukuh sumber pendapatan komuniti setempat.
-AA-