
Laporan/foto : Syed Mohd Adib/Pejabat Daerah Segamat (Segamat)
SEGAMAT, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 76 ketua keluarga dalam kawasan Parlimen Sekijang hadir serta diraikan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ribut Parlimen Sekijang di Dewan Komuniti Pejabat Daerah Segamat, semalam.
Setiap ketua keluarga telah menerima wang tunai RM1,000 daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).

Ahli Parlimen Sekijang Dr Zaliha Mustafa menyampaikan ucapan dan bantuan bencana ribut
Ahli Parlimen Sekijang Dr Zaliha Mustafa menegaskan, bahawa kerajaan MADANI bukan sahaja komited dalam mempercepatkan bantuan mangsa bencana, tetapi juga dalam memperkukuhkan sistem amaran awal, usaha mitigasi serta kesiapsiaga menghadapi fenomena cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.

Penyampaian bantuan bencana ribut kepada penerima oleh Dr Zaliha Mustafa
“Saya turun padang sejurus selepas kejadian ribut bagi menilai sendiri keadaan mangsa serta mendengar keluhan mereka. Saya juga segera berbincang dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri yang bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin,” katanya dalam ucapan di majlis tersebut.
“Sebelum ini, bantuan ini hanya diberikan kepada mangsa banjir. Kini, ia turut merangkumi mangsa bencana ribut dan banjir kilat. Ini adalah langkah proaktif kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan,” jelasnya.
Salah seorang penerima bantuan Zulkifli Habsah 54, berasa bersyukur dan alhamdulillah atas bantuan yang kerajaan MADANI bagi pada hari ini dan sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban bagi membaiki rumah serta perabut yang rosak.
“Kejadian ribut yang melanda rumah saya pada 2 November 2024 yang lalu telah merosakkan perabot, bumbung serta siling rumah,” ujarnya.
Turut hadir wakil rasmi Pegawai Daerah Segamat Nur Hadirah Mohd Sharif dan Penghulu Mukim Sungai Segamat Nor Rafizan A.Rahman.
-AA-