
Laporan/foto: Yusoffirman/Yamuna a/p Marappan
TEMERLOH, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Thaipusam di daerah ini agak meriah memandangkan masih lagi dalam cuti persekolahan.

Perarakan Thaipusam di Mentakab tahun ini lebih meriah
Menurut salah seorang pengunjung di Kuil Sri Subramaniam Mentakab, Puvaneswary Amithalingam, 44, sambutan Thaipusam pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Penganut agama hindu mengambil peluang untuk lebih dekat dengan Dewa Murugan
“Memandangkan sambutan pada tahun ini dibuat dalam cuti sekolah, jadi suasana kali ini lebih meriah kerana ramai yang datang ke sini,” katanya ketika ditemui semasa sambutan Thaipusam, kelmarin.
Dianggarkan sekitar 300 penganut agama Hindu memulakan perarakan Kavadi dan Paal Kudam dari Kuil Kaliamman ke Kuil Sri Subramaniam sejauh lebih kurang lima kilometer .
Upacara keagamaan ini diteruskan pada sebelah malam apabila Dewa Murugan dibawa di atas Ratham (kereta atau tandu berhias yg membawa Dewa Murugan) di arak ke seluruh Bandar Mentakab.
Ahli Komuniti MADANI Taman Rimba yang beragama Hindu turut menyertai perarakan tersebut.
-AA-