Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Terima Kasih Menteri Besar Johor

By 13 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib/Sheikh Mohamed Nazim(Segamat)

SEGAMAT, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 150 pelajar sekolah menengah dan rendah dari keluarga asnaf, B40 dan kurang berkemampuan bersama ibubapa masing-masing diraikan di Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Murid Johor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah di Dewan Komuniti Pejabat Daerah Segamat, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah ketika merasmikan dan menyampaikan Bantuan Kasih Murid Johor DUN Kemelah 2025

Setiap pelajar menerima bantuan beg sekolah dan wang tunai RM100 sumbangan Kerajaan Negeri Johor.

Pegawai Pendidikan Segamat Abdul Rahman Kechik, berkata, bantuan ini merupakan hasrat Menteri Besar iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk meringankan perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga yang kurang berkemampuan dan bantuan ini merupakan bantuan one off kepada semua yang memerlukan bantuan.

Pegawai Pendidikan Daerah Segamat turut sama menyampaikan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan

“Bantuan ini juga diberikan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat Malaysia khususnya Bangsa Johor bagi memotivasikan lagi murid-murid mendapat pendidikan yang lebih baik,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah Saraswati Nallathamby, berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2.8 juta untuk menjayakan Program Bantuan Kasih Murid Johor ini dimana seramai 11,200 pelajar akan menerima manfaat dari peruntukan yang disalurkan.

“Setiap pelajar telah ditapis dan diakui kelayakan mereka untuk menerima Bantuan Kasih Murid Johor oleh Pejabat Pendidikan Daerah mengikut kaedah yang telah disarankan oleh kerajaan negeri serta pihak Pejabat Pendidikan Daerah yang lebih arif,” ujarnya.

Sebagai simbolik penyampaian bantuan, ADUN Kemelah telah menyerahkan 45 buah beg sekolah dan wang tunai kepada 45 penerima bagi mewakili 150 penerima yang berada dan tinggal di dalam kawasan DUN Kemelah.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Abdul Rahman Kechik dan Pegawai Penerangan Daerah Segamat Nor Sofian Abdul Manan.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda