Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Waspada Ombak Besar, Elak Aktiviti di Persisiran Pantai Sepanjang Monsun Timur Laut

By 4 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar

BACHOK, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang masih berterusan sehingga Mac nanti telah menyebabkan air pasang besar dan ombak tinggi melanda Pantai Timur, khususnya di kawasan pantai Bachok, Kelantan.

Pemantauan dan peringatan di sekitar Pantai Senok oleh pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali menasihatkan orang ramai agar menghindari kawasan pantai sehingga MTL berakhir pada Mac ini.

“Pada musim MTL ini, kami menggalakkan orang ramai untuk tidak mengunjungi pantai atau mandi di laut.

“Ibu bapa juga diingatkan untuk memantau aktiviti anak-anak mereka di pantai atau sungai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Tinjauan di beberapa pantai utama di sini semalam mendapati bahawa sesetengah pengunjung tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa meskipun bendera merah telah dikibarkan sepanjang pantai sebagai peringatan bahaya ombak besar dan angin kencang.

Pemeriksaan peralatan menyelamat atau nama singkatan LiSA yang boleh digunakan oleh orang awam jika berlaku kecemasan mangsa lemas di di Pantai Kemayang.

Beberapa pengunjung dilihat masih melakukan aktiviti air seperti mandi, walaupun perbuatan itu jelas berisiko.

Bagi memastikan keselamatan orang awam, pasukan pemantau pantai telah dibentuk untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan yang telah ditetapkan bersama-sama Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Daerah Bachok, serta Penggawa dan Penghulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda