Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Mualaf Teruja Dapat Merasai Suasana Berkhatan Beramai-Ramai

By 9 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki/Syazwan Rosli

RAUB, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Seorang pemuda mualaf dari daerah ini melahirkan rasa teruja apabila berpeluang menyertai Program Berkhatan Anak Pahang 2025 Peringkat Daerah Raub di sini, hari ini.

Muhammad Abdullah Hanif ketika ditemubual

Muhammad Abdullah Hanif Abdullah,28, yang baru sahaja tiga minggu memeluk Islam berkata, keputusan untuk berkhatan diambil setelah mengambil kira nasihat guru agama dan rakan muslim yang lain tentang pelbagai manfaat kesihatan yang akan diperoleh seiring dengan ajaran agama Islam.

“Suasana berkhatan bersama kanak-kanak ini akan menjadi pengalaman baru dan akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

YB Fadzli Mohamad Kamal ketika menyampaikan ucapan

Program Berkhatan Anak Pahang 2025 Peringkat Daerah Raub telah dirasmikan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Yang Berhormat Fadzli Mohamad Kamal.

“Selepas berkhatan ini saya mahu semua menjadi anak-anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapa masing-masing,” ujar Fadzli ketika menyampaikan ucapan.

Program ini disertai oleh 101 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri Batu Talam Yang Berhormat Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

-AA-

Tinggalkan komen anda