Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Gotong-Royong PIBG MADANI SK Kuala Balingian Eratkan Hubungan Sekolah Dan Ibu Bapa

By 12 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (JAPEN BALINGIAN)

BALINGIAN, 12 Jul (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai dan Program Gotong Royong PIBG MADANI di SK Kuala Balingian hari ini mendapat sambutan mengalakkan dan cukup meriah dengan penglibatan 100 peserta terdiri daripada tenaga pendidik, ibu bapa, pelajar dan ahli Komuniti MADANI di sini.

Kehadiran ibu bapa dan ahli komuniti MADANI amat menggalakkan.

Kehadiran ramai peserta ke program tersebut memperlihatkan kerjasama erat dan komitmen padu Pejabat Penerangan Daerah Kecil Balingian, Komuniti MADANI Kuala Mas Balingian dan PIBG SK Kuala Balingian dalam melestarikan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Menurut Guru Besar SK Kuala Balingian Christopher Spencer Latip, program seumpama ini amat penting dalam memupuk semangat kerjasama peserta gotong-royong mengeratkan malah menjadi platform untuk menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar.

Christopher menyampaikan ucapan kepada peserta program.

“Program sebegini juga suatu yang positif kepda mereka yang terlibat terutamanya membabitkan hubungan erat pihak sekolah dan komuniti setempat melibatkan ibu bapa pelajar di sekolah ini,” ujarnya.

Program dimulakan dengan sesi Sembang Santai, diikuti dengan taklimat gotong-royong dan diteruskan dengan gotong-royong mengemas dewan makan, memperbaiki dinding, mengemas Pusat Sumber Sekolah (PSS), memasang bingkai dan menghiasi ruang Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Penglibatan dan kerjasama baik semua pihak ketika sesi gotong-royong.

Selain itu, kerja pembersihan turut meliputi tandas sekolah, bilik sistem siar raya dan tangki air utama sekolah.

Kejayaan program ini bukan sahaja terbukti melalui kebersihan dan keceriaan SK Kuala Balingian, tetapi juga melalui ikatan silaturahim yang semakin utuh antara warga sekolah dan masyarakat setempat.

Turut hadir Ketua Komuniti MADANI Kuala Mas Balingian Khairunisa Habi Rahman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda