Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pendedahan Awal Penting Kekang Amalan Merokok, Penggunaan Rokok Elektronik

By 12 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurulaini/Asilah (Kulai)

KULAI, 12 Jul (MalaysiaAktif) – Pendedahan awal kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya anak-anak, penting dalam mengekang penularan amalan merokok dan penggunaan rokok elektronik.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata usaha tersebut memerlukan kerjasama pelbagai pihak antaranya pengusaha premis makanan, agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan profesional bagi memastikan masyarakat lebih peka terhadap bahaya asap rokok dan risiko penyakit tibi

Ucapan perasmian Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Turbekulosis Sedunia Peringkat Negeri Johor oleh Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan orang belum dewasa (OBD) dan menekankan peranan ibu bapa dalam memantau anak-anak.

“Mereka bukan sahaja terdedah kepada kerosakan organ di usia muda, malah turut berisiko terjebak dengan permasalahan sosial,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Tuberkulosis Sedunia Peringkat Negeri Johor, yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung di sini hari ini.

Menurutnya kadar merokok di Malaysia telah menurun kepada 19.8 peratus pada tahun 2023, namun penggunaan vape menunjukkan peningkatan yang membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja.

Dalam pada itu, penyakit tibi di Johor menunjukkan perkembangan positif apabila kadar kes menurun kepada 48.1 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2024 berbanding 55.1 pada tahun sebelumnya.

Aktiviti cantuman puzzle untuk kanak-kanak

 

 

Seorang pengunjung, Fazlina Ibrahim, 47, turut berkongsi pandangannya mengenai penganjuran program kesihatan sedemikian.

“Sangat bagus menganjurkan program seperti ini dengan penglibatan pelbagai agensi dan NGO. Banyak pameran dan aktiviti menarik minat pengunjung. Lokasinya pun sesuai untuk orang awam,” katanya.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuklah explorace, pertandingan mewarna, kuiz kesihatan, pameran pendidikan kesihatan, dan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas pesakit tibi.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rokok dan vape serta kepentingan pencegahan awal penyakit tuberkulosis (tibi).

-AA-

Tinggalkan komen anda