
Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)
KLANG, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Jualan Mega Agro MADANI yang dianjurkan sempena FAMA Fest @ Selangor 2025 membantu meringankan beban rakyat dalam menangani isu kos sara hidup.
Bertempat di Pekarangan Parkir, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang jualan tersebut berlangsung selama empat hari bermula 24 sehingga semalam itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Muhammad Khirudin bersama kombo bakul MADANI yang dibeli sempena FAMA Fest @ Selangor 2025
Seorang pengunjung, Muhammad Khirudin Suhaimi, 29, meluahkan rasa gembira dapat membeli kombo bakul MADANI dengan harga RM10.
“Sangat berbaloi datang hari ini dapat beli kombo bakul MADANI dengan harga RM10 ada minyak, cili, bawang, santan, mee dan telur siap bakul sekali memang menjimatkan.
“Bagi saya, inisiatif ini sangat bagus sebab harga yang ditawarkan lebih murah dari harga pasaran, banyak barang keperluan asas dijual di sini, saya puji memang satu usaha yang sangat murni,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan tunai one-off RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membantu meringankan perbelanjaan harian rakyat.
Sementara itu, seorang pengunjung Yani Jaafar, 38, gembira kerana dapat berbelanja dan membeli barangan keperluan yang dijual lebih murah dari pasaran.

Yani gembira membeli ayam dan barangan keperluan harian dengan harga yang sangat murah di Jualan Ehsan Rahmah sempena FAMA Fest @ Selangor 2025
“Hari ini saya beli ayam RM10sahaja…mana nak dapat, kalau di pasar selalunya harga RM20 seekor, telur pun murah. Sangat berbaloi berbelanja tambah pula saya mempunyai keluarga besar”, katanya.
Yani yang juga merupakan penerima bantuan SARA turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan tambahan RM 100 yang bakal diterima ahli keluarganya.
“Alhamdulilah tambahan RM100 bantuan SARA besar maknanya buat saya yang mempunyai enam orang ahli keluarga sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga,”ujarnya.
-AA-





