Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kempen Makan Buah, Sayur Tempatan di FAMA Fest 2025@Selangor

By 28 Julai 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharman Subramaniam/Muhd Hafiz Muhamad (Klang)

KLANG, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah melancarkan Kempen Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan dalam perasmian penutupnya bagi Program FAMA Fest 2025 @ Selangor di perkarangan AEON Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Mohamad ketika ditemubual oleh media

Mohamad ketika ditemubual oleh media berkata bahawa kempen ini telah lama dijalankan, namun pihak kementerian mempergiat usaha ini semula kerana ramai petani di Malaysia terlibat dalam mengeluarkan hasil buah-buahan dan produk makanan negara.

Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa dalam usaha memastikan rakyat terus memperoleh bekalan makanan pada harga yang berpatutnya, pihaknya melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meneruskan program Jualan Agro MADANI.

“Program ini akan diperluaskan lagi ke seluruh negara bermula Julai 2025 sehingga Mac 2026 dengan sasaran pelaksanaan di lokasi-lokasi strategik seperti kompleks kerajaan, kawasan perumahan serta lokasi luar bandar yang memerlukan.

Pengunjung dihidang dengan buah-buahan tempatan

“Memang arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya Jualan Agro ini, Jualan Rahmah dan sebagainya diperbanyakkan, kerajaan peruntukkan sebanyak RM300 juta, diumumkan empat hari yang lalu dinaikan kepada RM600 juta supaya jualan-jualan berbentuk begini untuk memberi harga yang berpatutan kepada rakyat diambil berat oleh kerajaan,” katanya.

Menurut wakil Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Noor Rasyadah Mohd Akil, 27, berkata program itu adalah platform yang baik untuk mempromosikan produk makanan tempatan seperti buah-buahan tempatan.

Manakala salah seorang pengunjung dari Damansara, Mohamad Iskandar Ishak, 37, menyahut seruan kempen yang dilancarkan kerana buah tempatan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selain dapat menghargai petani di negara kita.

-AA-

Tinggalkan komen anda